Selasa, 25 Januari 2011

belajar efektif

belajar efektif

1 Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak
pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka
macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita
macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi
sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus
makin benci.
2, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah
satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar
yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik
kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin
cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab
soalan matematik.
3, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik
tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak
mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab
soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3
minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu,
maksud saya, cuba latih
menjawab dengan secepat mungkin.
4, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada
pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka
boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar